22 Februari 2014 - 20:30
Takfirisme mereliasasikan misi Zionis sedunia

Sheikh al-Azhar menegaskan kemunculan Takfiri dan fatwa-fatwanya yang tersebar di dalam masyarakat Islam merupakan percubaan mereliasasikan misi Zionis sedunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Shekh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib dalam wawancara bersama dengan sebuah penerbit al-Azhar menyatakan, "Fatwa-fatwa Takfiri di dalam masyarakat Islam dan Arab sejak beberapa tahun kebelakangan ini bertambah meluas, sedangkan sebelum ini fatwa-fatwa begini terlalu sedikit yang kita saksikan."Tambah beliau lagi, "Sekiranya kemunculan Takfiri semakin kukuh, masyarakat akan menjadi lemah dan binasa, sedangkan melemahkan masyarakat Arab dan Islam merupakan salah satu misi Zionis sedunia."Al-Tayyib menegaskan, "Usaha untuk mewujudkan perpecahan dan mencerai beraikan perpaduan umat Arab dan Islam adalah salah satu daripada fitnah antarabangsa, negara-negara besar dan kuasa angkuh global."Sheikh al-Azhar turut meminta pemerintah negara-negara Arab dan ulama berusaha memikirkan jalan bagi menghadapi Takfirisme dan membebaskan masyarakat darinya.Beliau menegaskan bahawa masalah Takfiri telah sampai ke peringkat yang amat berbahaya dan berkata, "Takfirisme tidak mempunyai hak terhadap mana-mana individu atau kumpulan, ini disebabkan agama Islam tidak mengkafirkan sesiapa sahaja yang mengucap dua kalimah syahadah dan solat ke arah kiblat."